Thursday, July 22, 2010

Geoforest Parks : hanging gardens of Langkawi



Pulau langkawi merupakan permata Kedah yang kaya dengan keindahan semulajdi dan lagenda masa silam, serta menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan popular.

Keunikan aspek geologi, biologi dan kebudayaan di Langkawi telah memberi ilham kepada penghasilan buku Geoforest Parks : Hanging Gardens of Langkawi oleh kumpulan penyelidik UKM. Atas kesedaran inilah para saintis ukm dan rakan-rakan telah mempelopori konsep pelestarian sumber warisan yang bernilai tinggi hasil daripada dapatan kajian selama ini. Dari buku ini juga lahir idea untuk mengguna internet dan alat teknologi komunikasi bagi mempermudah danmempertingkat lagi promosi pelancongan ke Langkawi.

Portal pelancongan atas talian, MyKTOURS atau Malaysia Knowledge Tours adalah satu versi mentransformasikan ilmu pengetahuan daripada buku Geoforest Parks : Hanging Gardens of Langkawi kepada format mudah dicapai dan dimuat turun ke peralatan ICT yang boleh diguna sebagai tour guide.

Zamalah bagi menarik pelajar pasca siswazah terbaik untuk melakukan penyelidikan di tahap PhD turut dilancarkan. Ia menampung kos tuisyen, sara hidup dan kos penyelidikan selama empat tahun!



Dipetik dan diolah daripada Geoforest Parks : Hanging Gardens of Langkawi, Senada, Beria UKM, Bil.337, Februari 2010. www.ukm.my

No comments:

come and homestay with us in langkawi from RM160* 2017

BV Langkawi Homestay Pantai Cenang, Malaysia RM160* (8th anniversary promo rates) BV langkawi Homestay Pantai Cenang (Formally ...