Posts

Showing posts from August, 2010

Melihat anak bulan di Langkawi

Image
Tarikh lihat anak bulan Syawal 8 September 2010/09/01 KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 September ini. Ia akan dilakukan di 30 tempat yang ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Majlis Raja-Raja sudah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.

Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor),

Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); M…

Tun M & Langkawi

Image
Dr. M bantah cadangan projek bina jambatan ke Langkawi23/08/2010 12:46pm
LANGKAWI 23 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu."Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan (sebahagian daripada) daratan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di sini malam tadi.Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.Jumaat lepas, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn. Bhd., Kamarudin Husin berkata, pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi…

Waris Mahsuri

Image
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyataka…

Ramadhan Di Langkawi

Image
Langkawi adalah tempat yang sungguh nostalgia
walaupun terkesan dengan arus pembangunan namun nilai-nilai dan unsur-unsur istimewa masih lagi kekal dalam keadaan yang istimewa.

sebagai anak watan yang agak jarang pulang ke lubuk, Langkawi masih kekal sebagai satu tempat yang amat mendamaikan. saya gemarkan suasana kekampungan Langkawi. jika tidak, lebih elok kita bertandang sahaja ke Kuala Lumpur untuk melihat pembangunan pesat dan apa yang terjadi sekitar aktiviti kepesatan tersebut!bukanlah menafikan pembangunan, pembangunan amat perlu namun pembangunan bukanlah segalanya!

manakan tidak, jika sebut sahaja Raya!pasti semua akan teringatkan kampung halaman bukan?baik, buruk, cantik tidaknya tanah tumpah darah kita, pasti kampung halaman akan dikenang. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

pada zaman kanak-kanak.sungguh nostalgia. suasana kejiranan yang kecil tetapi mesra lagi meriah menghiburkan kanak-kanak yang berpuasa ketika itu terasa panjang harinya.

teringat bond…

LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2010

Image
1. Langkawi will see yet another international sports event from 6th to 8th August. This is not the Le Tour de Langkawi but this time the event, the Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010, will be held entirely in Langkawi.

2. There will be participants from 16 countries including Malaysians. Others are from neighbouring Asian countries, Europe as well as from South Africa. It promises to be an exciting race and will be covered fully by the media.

3. I hope Malaysians will not miss this sporting event while enjoying the delights of Langkawi and tax-free shopping as well.

4. Come join the fun!
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/08/lan


Date: 6th (Friday) - 8th (Sunday) Aug 2010
Venue: Pulau Langkawi
Entry Fees:
~ Overseas Participation - 30USD (US Dollars)
~ Local Participation - RM30 (Malaysian Ringgit
Closing Date: 30th Jun 2010

About LIMBC

It doesn't matter if you're an avid mountain biker or a closet extreme sports junkie, the Langkawi International Mountain Bike Challen…