Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Di Langkawi


Langkawi adalah tempat yang sungguh nostalgia
walaupun terkesan dengan arus pembangunan namun nilai-nilai dan unsur-unsur istimewa masih lagi kekal dalam keadaan yang istimewa.

sebagai anak watan yang agak jarang pulang ke lubuk, Langkawi masih kekal sebagai satu tempat yang amat mendamaikan. saya gemarkan suasana kekampungan Langkawi. jika tidak, lebih elok kita bertandang sahaja ke Kuala Lumpur untuk melihat pembangunan pesat dan apa yang terjadi sekitar aktiviti kepesatan tersebut!bukanlah menafikan pembangunan, pembangunan amat perlu namun pembangunan bukanlah segalanya!

manakan tidak, jika sebut sahaja Raya!pasti semua akan teringatkan kampung halaman bukan?baik, buruk, cantik tidaknya tanah tumpah darah kita, pasti kampung halaman akan dikenang. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

pada zaman kanak-kanak.sungguh nostalgia. suasana kejiranan yang kecil tetapi mesra lagi meriah menghiburkan kanak-kanak yang berpuasa ketika itu terasa panjang harinya.

teringat bonda mengirimkan juadah kepada jiran tetangga dan berbuka dengan nira kelapa serta potongan buah gajus beserta pucuk gajus cecah sambal belacan dan ikan bakar!

suasana sebegini pasti masih ada namun seperti tempat-tempat lain, bazar Ramadhan pasti memeriahkan musim puasa. tetapi juadahnya pasti berbeza dengan tempat-tempat lain. boleh berkunjung ke bazar di Padang Matsirat, LIMA exibition centre parking lot, temonyong, kedawang, Chandek Kura, bayas, bohor,pekan kuah dan ayer Hangat!pasti meriah!

ketupat palas dan tapai pulut dibungkus daun pisang!

No comments:

come and homestay with us in langkawi from RM160* 2017

BV Langkawi Homestay Pantai Cenang, Malaysia RM160* (8th anniversary promo rates) BV langkawi Homestay Pantai Cenang (Formally ...