Posts

Showing posts from October, 2010

beronok Langkawi

Image
Teringat zaman kanak-kanak bila mengutip beronok dampar di tepi Pantai Cenang. Dahulunya tempat popular pendaratan beronok adalah di hujung Langkawi International Airport, lebih tepat di Langkawi International Morac (go Kart) sekarang kerana asalnya dulu ia pantai dan sekarang telah ditambak untuk pembangunan. dan go-kart ini sekarang amatlah dekat dengan Blaque Villa kampungStay (3 minit shj)


Pasir putih pantai tidak kelihatan dek lambakan beronok yang banyak terdampar. Tak main lah ambil yang terdampar, saya dan abang ketika itu datang berbasikal seronok mengejar bronok segar yang dihempaskan ombak ke pantai. Kanak-kanak lain siap pijak-pijak bronok lama yang menghampari sepanjang pantai dan percaya atau tidak kami siap boleh makan beronok segar sambil berlari-lari (semestinya beronok tu di buang isi perut dan dibasuh dahulu dengan air laut). Beronok yang segar dan muda, rangup dan rasanya istimewa…ermmmm. ada juga kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih dramatik menyelam di gigi pan…