Thursday, October 28, 2010

beronok Langkawi



Teringat zaman kanak-kanak bila mengutip beronok dampar di tepi Pantai Cenang. Dahulunya tempat popular pendaratan beronok adalah di hujung Langkawi International Airport, lebih tepat di Langkawi International Morac (go Kart) sekarang kerana asalnya dulu ia pantai dan sekarang telah ditambak untuk pembangunan. dan go-kart ini sekarang amatlah dekat dengan Blaque Villa kampungStay (3 minit shj)



 Pasir putih pantai tidak kelihatan dek lambakan beronok yang banyak terdampar. Tak main lah ambil yang terdampar, saya dan abang ketika itu datang berbasikal seronok mengejar bronok segar yang dihempaskan ombak ke pantai. Kanak-kanak lain siap pijak-pijak bronok lama yang menghampari sepanjang pantai dan percaya atau tidak kami siap boleh makan beronok segar sambil berlari-lari (semestinya beronok tu di buang isi perut dan dibasuh dahulu dengan air laut). Beronok yang segar dan muda, rangup dan rasanya istimewa…ermmmm. ada juga kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih dramatik menyelam di gigi pantai, mencari bronok yang lebih-lebih fresh!

Yang agak moden akan membawa plastik untuk mengisi beronok, ada orang dewasa letak saja beronok segar dalam bakul motorsikal. Saya dan abang datang secara ad-hoc dan tak prepare, jadi abang ambil sesalur tumbuhan melata di pantai sebagai tali, dibuangla daunnya dahulu (tak ingat apa namanya tapi bunganya cantik berwarna purple). Beronok segar yang dikutip kami cucuh (cucuk) dengan siput laut supaya keluar airnya dan reduce sikitlah saiznya yang macam timun tu (sebab tu dipanggil timun laut). Lepas dicucuk keluarkan air, bronok dicucuk pada tali istimewa tadi secara melintang sehingga penuh tali lantas disimpul mati (takut on the way back terburai pula beronok di tengah jalan).

Balik ke rumah, semua di serah pada bonda. Beronok ni perlu disiang, dibelah, keluarkan isi perutnya (mostly air je), dibasuh dan dihiris nipis. Bonda tak izinkan saya menghiris waktu itu kerana katanya saya hiris kasar (maksudnya hirisan saya besar dan tidak kemas..hahah). proses menghiris nipis inilah yang paling koman (leceh), hirisan ulam-ulaman dan mangga muda juga begitu, tapi beronok hanya sedap dibuat kerabu, jadi terpaksalah.... (saya menunggu utk dijamah dengan nasi panas). ada bonda bercerita tentang anak gadis yang tak pandai sediakan kerabu beronok lantas direbusnya/celur beronok tadi, alamatnya tinggal/jadi airlah). cerita ni agak common dalam kalangan masyarakat setempat dengan erti kata lain, bronok is going to be served RAW!bukan dimasak!




Yang mengenakkan kerabu beronok ini selain ulam-ulaman dan mangga muda (ada juga letak betik muda) dihiris halus ialah serbuk beras (beras digoreng tanpa minyak dan digiling you!bukan blend tau). Semua bahan hirisan tadi digaulkan dan sudah sedia untuk dimakan.

Seingat saya, dari kecil saya sudah biasa dengan hidangan ini, tanpa ketahui bahawa ia hanya famous di Langkawi. Bila dapat kakak ipar, orang Pahang, dia geli first time tengok beronok mentah, tapi sekarang dia dah boleh ratah kerabu yang disediakan bonda. Suami juga begitu, tapi dia belum sempat tengok beronok mentah live sebab kadang-kadang kami hanya beli kerabu yang sudah siap.

Bulan puasa lepas hidangan ini popular buat juadah berbuka tapi mak ai, bila kunyah, pergh!beronok tua!macam getah paip kerasnya!mana taknya, pantai yang biasa beronok landing dah jadi tempat go-kart dan kapal terbang landing, the only way ialah mendapatkannya dengan berperahu ke pesisir laut dan jala kerana beronok sudah tidak landing lagi dan hanya berada dalam selut/lumpur. Jadi nak mendapatkan beronok sekarang agak susah berbanding dahulu.

Entah generasi anak-anak kami nanti sempat ke tidak menjamah kerabu beronok ni. Saya dah take note cara penyediaannya. Ada banyak hidangan istimewa yang saya ingat seperti kerabu ikan kasai (isi ikan kecil dibuat kerabu-ala-ala sushi gitu) dan kerabu siput tukui (tukul-sebab perlu menukul isi siput ini di batu-batu pesisir pantai).


Ada rumpai laut, namanya laktut!jarang kedapatan dan saya sudah rindukannya!dimakan mentah sebagi ulaman, dicecah sambal belacan (lebih bawang besar hiris dan kerisik). Sungguh saya rindu!!!!!


entri tentang laktut nanti kita cerita nah..

salam beronok dari langkawi.

kalau ke langkawi,jemputlah ke
Langkawi Blaque Villa HomeStay  


Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020 
 email: bvlangkawi@gmail.com
 




salam manis:




No comments:

come and homestay with us in langkawi from RM160* 2017

BV Langkawi Homestay Pantai Cenang, Malaysia RM160* (8th anniversary promo rates) BV langkawi Homestay Pantai Cenang (Formally ...