Posts

Showing posts from June, 2011

Majlis Bertandang Selesai Sudah

Image
girang sungguh ayah dan bonda
tatkala menyambut menantu sekeluarga
terima kasih seluruh warga
kerana hadir ke kenduri anakanda

cuaca langkawi tidak menentu
gundah ayahanda menunggu waktu
bonda hilang arah dan tuju
semua benda jadi tak tentu

sudah sampai waktu dijanji
cuaca langkawi elok sekali
jemputan riuh datang banjiri
walimah hj Mat jarang didapati

sahabat handai rakan dan taulan
terima kasih datang walau kejauhan
besan ceria dengan persalinan
warna unggu jadi pilihan

pengantin ceria majlis meriah
ikatan janji termetrai sudah
selamat datang adinda ipar
moga ukhwah kita semakin mekar

salah silap mohon maafi
andai majlis kurang berseri
makan minum mohon redhai
lain tahun berjumpa lagi..
InsyaAllah