Saturday, October 6, 2012

Tips Melancong ke Langkawi




Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
160
160

No charge
(2 sets)
Deposit
160
Full paid
160
4 room
Double bed
 X 4
320
320

320

300

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com

blaque villa homestay, langkawi RM160*
info, booking and reservation:Raziff 012-3106096





Tips Melancong ke Langkawi 

Anda mungkin pertama kali ke Langkawi atau sudah berkali-kali berkunjung ke sana beberapa tahun kebelakangan. Keadaan telah banyak berubah dan saya sekadar ingin berkongsi pengalaman yang mungkin bakal anda lalui pada percutian kali ini. Perkembangan di Langkawi mungkin tidak sehebat perkembangan di Kuala Lumpur, namun berdasarkan pengamatan saya sebagai warga Langkawi yang berada di perantauan, perkembangan di beberapa kawasan agak drastik sehingga mengubah topografi dan landskap pelancongan di sana setiap kali pulang ke kampung halaman.

Tidak dapat dinafikan, Langkawi semakin menarik untuk dikunjungi namun kos untuk sampai ke sana juga semakin hari semakin meningkat. Oleh yang demikian, Faktor ekonomi merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan bagi  percutian anda di Langkawi. Jadi rancanglah percutian anda dengan baik dan anda mampu menjadikan kos percutian tersebut berbaloi!

Ruang ini sekadar melontar sedikit pandangan dan pengalaman peribadi bercuti di Langkawi. Mudah-mudahan ia dapat menjadi panduan kepada bakal-bakal pelancong ke Langkawi.



Tips 1 : Merancang Perjalanan

Bagi memaksimumkan masa percutian anda di Langkawi, anda dinasihatkan untuk tiba seawal mungkin di Jeti Kuala Kedah/Kuala Perlis. Feri pertama ke Langkawi adalah pada jam 7.00pg dan feri  terakhir adalah pada jam 7.00 petang dengan kekerapan satu feri/jam secara purata.

Waktu yang terbaik untuk ke Langkawi adalah pada waktu pagi. Pemilihan feri awal akan dapat mengurangkan kesesakan, memaksimumkan waktu anda di Langkawi yang sememangnya akan anda rasakan singkat jika percutian anda hanya untuk 3 hari 2 malam (Pada pandangan saya tempoh percutian yang  ideal adalah 4H 3M). Saya cadangkan anda bertolak sehari awal, tiba malam di Kuala Kedah dan menginap di motel berhampiran jeti dengan harga sekitar RM 60 – RM 90 dan bertolak awal ke Langkawi keesokan harinya (sekadar cadangan peribadi bagi mereka yang ingin memaksimumkan masa berada di Langkawi).

Namun bagi yang memilih untuk bertolak pada hari percutian,  selepas Subuh adalah masa terbaik jika anda dari Kuala Lumpur. Anda dijangka tiba di Jeti Kuala Kedah sekitar jam 1.00 petang. Beli tiket di Jeti, parking kereta dan bersedia untuk berlepas. Perjalanan feri ke Langkawi mengambil masa sekitar 45 minit – 120 minit bergantung kepada pemilihan jeti berlepas.

Kuala Kedah vs Kuala Perlis

Untuk makluman, terdapat 3 jeti yang boleh digunakan untuk ke Pulau Langkawi iaitu jeti Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Penang. Namun, jeti di Penang mungkin kurang popular kerana faktor kos dan tempoh perjalanan (saya juga belum pernah mencuba atas faktor tersebut). Pemilihan jeti sebagai pusat pelepasan bergantung kepada beberapa pertimbangan.

Jeti Kuala Perlis sering menjadi pilihan pelancong tempatan kerana faktor jarak laluan laut. Bagi yang mabuk laut  dan kurang selesa berada lama di lautan, atau phobia dengan laut, jeti Kuala Perlis sememangnya sesuai. Tempoh berada di laut bagi laluan ini sekitar 45 min ke 60 min. Namun, bagi yang datang dari arah selatan (Kuala Lumpur), anda bakal melalui Kuala Kedah terlebih dahulu sebelum sampai ke Kuala Perlis dan masa perjalanan dari  Kuala Kedah ke jeti  Kuala Perlis  adalah sekitar 45 - 60 min.

Bagi yang memilih jeti Kuala Kedah, anda bakal tiba ke jeti tersebut dari Kuala Lumpur dalam tempoh perjalanan sekitar  6 jam melalui lebuhraya PLUS. Jika anda bersama keluarga, turunkan penumpang di jeti dan kemudian letak kereta anda di tempat-tempat letak kereta yang berhampiran. Untuk mempercepatkan urusan, anda boleh minta ahli keluarga yang berada di jeti untuk membeli tiket terlebih dahulu. Namun perlu diingat, urusan parking mungkin mengambil masa sekitar 15-20 min. jadi anggarlah waktu feri anda dengan baik.  Untuk memudahkan anda, saya lampirkan di sini jadual perjalanan feri yang dikeluarkan pihak consortium, namun ia sekadar catatan blog ini dan tertakluk kepada pindaan pengendali perkhidmatan tersebut.

Perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Langkawi adalah sekitar 90 min ke 120 min. bagi yang telah menempah kenderaan, anda dinasihatkan untuk menghubungi ejen kereta anda bagi melicinkan perjalanan anda sewaktu tiba di langkawi.

Dan setibanya anda di Jeti Langkawi, anda boleh menghubungi  semula ejen kereta anda dan kebiasaannya kereta yang anda tempah telah berada di jeti tersebut. Sekiranya anda telah menempah, sebaik-baiknya janganlah berurusan lagi dengan ejen-ejen kereta sewa di jeti. Tidak dinafikan – by chance – anda mungkin boleh menjumpai kereta yang lebih murah, namun anda juga perlu jujur dengan agen kereta di mana tempahan telah dibuat. Sekiranya anda rasakan harga kereta yang anda perolehi agak mahal berbanding yang anda temui di jeti, bincang dan tawarlah dengan harga yang berpatutan. Hargai usaha mereka menyediakan kereta  sebelum ketibaan anda di sana.

Sebelum itu, bagi yang hanya berhajat untuk bercuti bagi tempoh 2H 1M, seeloknya dapatkan tiket pulang terlebih dahulu di jeti bagi melancarkan percutian anda. Bagi yang bercuti untuk tempoh lebih dari itu, tiket kebiasaannya dibuka untuk jualan sehari sebelum tarikh berlepas. Tiket bagi perjalanan pergi dan balik  tidak mungkin diperolehi kecuali melalui ejen pelancongan yang kebiasaannya  untuk kumpulan-kumpulan besar.



Tips 2: Sewa Kereta atau catar Teksi?

Jawapan bagi soalan ini ada di tangan anda. Namun pada pandangan saya, menyewa kereta adalah lebih praktikal berbanding menyewa teksi. Bukan prejudis, tapi anda punyai kebebasan mutlak apabila menggunakan kereta yang disewa untuk ke tempat yang diingini. Walau bagaimana pun, realitinya kadar sewaan kereta semakin hari semakin meningkat dan adalah kalanya lebih mahal dari kos  penginapan. Namun sekiranya tempoh percutian anda pendek (lawatan sehari), baik juga jika anda catar sahaja teksi dan minta dibawa ke tempat-tempat yang dianggap hot spot di sana. Ini bakal mengelakkan masalah sesat yang pasti akan meminimumkan masa lawatan anda.

Bagi melicinkan perjalanan, anda dinasihatkan untuk menempah kereta sebelum sampai ke jeti. Mengambil kereta secara terus di jeti pada pandangan saya adalah pilihan terakhir. Ini kerana keadaan yang bakal berlaku mungkin tidak dapat anda duga khususnya pada peak season.  Pada waktu selain peak season, anda tidak mempunyai masalah dan tawar menawar mungkin merupakan pengalaman yang menyeronokkan.

Kalau anda nak bawa kereta sendiri ke Langkawi juga boleh. Namun, berdasarkan pengiraan saya, jika percutian  anda di Langkawi melebihi lima hari, ia mungkin berbaloi.jika tidak, sewa sahaja kereta atau teksi. Ia lebih praktikal serta  menjimatkan kos dan masa.



Tips 3: Tempahan Penginapan

Tempahan penginapan juga  merupakan perkara asas yang anda perlu pertimbangkan sebelum berangkat ke Langkawi. Sekiranya anda tidak berjaya membuat tempahan penginapan khususnya di waktu puncak, saya cadangkan agar anda menunda sahaja percutian anda ke Langkawi ke masa hadapan.  (Kami persilakan ke homestay kami sila ke http://blaquevillalangkawi@blogspot.com/)
 
Suasana sekitar 1990an adalah sangat berbeza dengan suasana kini. Tidak dinafikan industri pelancongan semakin berkembang, hotel dan bilik penginapan tumbuh bak cendawan, namun ia masih tidak mampu menampung pelancong yang biasanya berkunjung  serentak pada satu-satu masa khususnya pada cuti umum dan cuti sekolah. Jangan perjudikan nasib anda untuk membuat tempahan secara walk in kerana ia bakal menjadikan percutian anda sebagai percutian yang sangat mengecewakan.

Buat masa ini banyak perkhidmatan ditawarkan sebagai alternatif untuk penginapan anda dari servis apartmen, bilik bajet, motel, homestay,  sehinggalah ke resort  serta  hotel bertaraf 5 dan 6 bintang.  Anda boleh memilih jenis penginapan ini berdasarkan bajet dan lokasi. Tapi perlu diingat, buatlah tempahan terlebih dahulu untuk melicinkan perjalanan percutian anda!


bv langkawi homestay pantai cenang 012-310 6096

bv langkawi homestay pantai cenang 012-310 6096

bv langkawi homestay pantai cenang 012-310 6096


Tips 4: Itenari Lawatan di Langkawi

Saya pasti anda mempunyai pengetahuan dan perancangan berkaitan  tempat-tempat yang hendak dan perlu dilawati. Namun sebagai panduan, di sini saya cadangkan itenari ringkas berkaitan tempat-tempat yang harus dilawati setelah mengambilkira beberapa  faktor penting iaitu tempat mesti lawat, lokasi, masa dan jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Hari 1
3.00pm              : Check in @ Blaque Villa  homeStay

4.00pm              : Kereta Kabel  @ Gunung Mat Cincang  atau  Underwater World @ 

Pantai Cenang, Pantai Kok, Harbour Park.

7.00pm               : Matahari Terbenam@ Pantai Tengah Siar Malam @ Pantai Cenang

10.00pm               : Balik ke BV



Hari 2


7.30am                 : Siar Kampung cari sarapan

9.00am                 : 


Beras Terbakar @ Padang Mat Sirat (terdapat bazaar yang  sesuai untuk membeli kain batik, baju-baju, cenderamata, minyak gamat, minyak   susu kambing dll dengan harga berpatutan). 

11.00am               : Taman Buaya @ Kok/Datai
                                 Ayer Hangat  Hot Spring
                                Galeri Perdana @ Ayer Hangat
                                Taman Burung @ Kilim
                                Taman Ular  @ Bukit Tok Senik
                                Makam Mahsuri
                                                               
12.30pm               : Makan Tengahari @ Kuah
                              Solat @ Masjid al-Huda /
                              Masjid  Keling

2.30pm                 : Shopping Time

Pinggan Mangkuk @ HIG/Idamansuri/Coklat @ HIG/Saga/Idamansuri, Kain batik, perfumes, cenderamata dll @ Kuah, Ikan bilis, sotong dll makanan laut kering @ Trimula.

5.00pm                 : Beli tiket pulang @ Jeti Langkawi

 Siar Kaki @ Dataran Helang Taman mini Langkawi, Taman Kanak-kanak @ Hadapan Bangunan LADA

6.30pm                 : Siar *Pasar malam

Makan Besar @ Bamboo Rest @ Penarak, Kuah / Restoran Nelayan @ Bukit Malut  (berhampiran hospital Langkawi)  /  Bamboo Rest @ Cenang  (Berdekatan BV)

*Pasar Malam di Langkawi

Isnin                      : Ulu  Melaka
Selasa                   : Kedawang
Rabu                     : Pekan Kuah
Khamis                 : Bohor Tempoyak, Cenang
Jumaat                  : Ayer Hangat
Sabtu                    : Pekan Kuah
Ahad                     : Padang Mat sirat

9.00pm                 : siar Malam @ Bazaar Kuah /
                               Bazaar Cenang

11.00pm               : BV



Hari 3


7.30am                 : Siar Kampung cari sarapan
9.30 am                : Check out
10.00 am              : Siar akhir @ Pekan Kuah
11.59 am              : Ke Jeti Kuah untuk pelepasan pulang


(Pastikan Anda berada di Jeti sejam sebelum pelepasan terutama pd waktu puncak)

......... itenari tamat..............







Blaque Villa HomeStay 

No comments:

come and homestay with us in langkawi from RM160* 2017

BV Langkawi Homestay Pantai Cenang, Malaysia RM160* (8th anniversary promo rates) BV langkawi Homestay Pantai Cenang (Formally ...