Sunday, December 16, 2012

Apa itu Homestay : Konteks Langkawi




Homestay di Langkawi bukanlah perkara baru, namun terbaharu, seakan ada trend baru di Langkawi bilamana homestay tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Saya kira bukanlah kerana saya sendiri telah terjebak di arena homestay ini membuatkan mata pandang saya sedikit terbuka tentang perkembangan berkaitan homestay Langkawi, tetapi keadaan kewujudan homestay baharu yang pesat memang amat obvious/jelas. Namun tidak dapat dinafikan, bila berada di dalam industri homestay, mata pandang saya semakin luas bukan sahaja terhadap industri homestay malah industri pelancongan di Langkawi secara luasnya.

Sebelum ini mungkin saya tidak kisah akan special events atau peak season hatta super peak sekalipun. Jika pulang ke Langkawi, hanya sekadar menghabiskan cuti raya atau kenduri kendara sahaja. sekarang, setidak-tidaknya saya sudah mula alert akan tibanya cuti umum, cuti sekolah dan acara istimewa. Bila ada tetamu inginkan homestay, saya akan pantas berfikir bahawa tarikh tersebut pasti cuti umum!

Saya kira, terma umum homestay yang difahami semua adalah penginapan keluarga di rumah/inapan desa yang tidak terikat dengan konsep perhotelan dan seumpama.


Saya petik tulisan Dr. Sepet tentang kajiannya berkaitan homestay di mana dua elemen telah dikupas iaitu terma Inap Desa (Homestay) dan Mapan (Sustainable).

Dalam konteks homestay Langkawi, dengan melihat kepada kepesatan tumbuhnya industri ini, Alhamdulillah, dari satu sudut, saya bersyukur kerana dengan popularnya istilah Homestay dan Sustainable ini, secara tidak langsung menggambarkan bahawa (setidaknya) penduduk, pengusaha dan pemain industri pelancongan di Langkawi mula meningkat pengetahuan, pendedahan dan kemahuan mereka terhadap kedua-dua konsep ini.

Begitupun, seperti Dr. Sepet, jauh di sudut hati, masih wujud perasaan gusar kerana dikhuatiri kedua istilah ini hanya digunakan dibuat secara 'loose term' (digunakan secara longgar, tanpa ada kefahaman) oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Maksud saya, apakah terma-terma tersebut digunakan selari dengan konsepnya yang sebenar, atau dipopularkan sekadar pelaris jualan produk-produk yang mereka bangunkan – i.e. menarik pengguna (pelancong) tertentu, di segmen-segmen tertentu di dalam pasaran?

Andai kata kebimbangan ini ada asasnya, akan tempanglah niat murni yang menunjangi konsep Homestay di negara kita.


Apa itu HOMESTAY?

Menurut pasukan pengkaji pelancongan (Tourism Planning Research Group), Fakulti Alam Bina, UTM, Homestay ringkasnya perlu menampakkan ciri-ciri berikut:

H – House (peserta tinggal bersama ibubapa angkat)
O – Organise (ada jawatankuasa – cth. JKKK)
M – Material
E – Economy (tambah pendapatan isirumah)
S – Safety/Security
T – Teamwork (bukan milikan tunggal)
A – Attitude
Y – Yield

Bagi saya pula, 3 syarat mudah berikut wajar dipenuhi untuk membolehkan sesuatu produk itu diiktiraf sebagai Homestay iaitu:  

1) Menyediakan kemudahan penginapan (accommodation)
2) Menjalinkan hubungan dengan keluarga angkat (foster parent)
3) Melibatkan penghayatan kehidupan masyarakat desa (experience the rural livelihood)


Dalam konteks Langkawi, umumnya saya kira, tumbuhnya homestay dengan pesat pasti melibatkan unsur keuntungan. Saya kira, pengusaha nampak elemen ini lantas membangunkan homestay sebagai ikut-ikutan. Mungkin sebelum ini hanya diusahakan rumah sebagai sewaan bulanan, namun bilamana nampak prospek homestay ini meyakinkan, lalu rumah tersebut diganti menjadi homestay/sewa harian. Tidak dinafikan ada juga rumah-rumah baru yang dibina khas untuk dijadikan homestay.

Bukanlah mengatakan saya faham konteks homestay ini, dan pengusaha lain tidak tahu. Apa yang cuba digambarkan adalah kebimbangan terhadap tujuan sebenar pengusaha melibatkan diri dalam industri homestay. Adakah secara ikut-ikutan atau hanya sekadar mengikut trend.

Jika dilihat daripada 3 elemen asas homestay iaitu:

1) Menyediakan kemudahan penginapan (accommodation)
2) Menjalinkan hubungan dengan keluarga angkat (foster parent)
3) Melibatkan penghayatan kehidupan masyarakat desa (experience the rural livelihood)

Saya kira elemen pertama menepati hampir semua homestay di Langkawi bilamana semua pengusaha berlumba-lumba menyediakan kemudahan penginapan. Ada pengusaha yang berusaha keras hanya untuk tampil full-furnished dengan menyiapkan rumah dengan pelbagai kemudahan. Positifnya keadaan ini bagus dan memberikan elemen persaingan yang sihat dan memberikan keselesaan kepada tetamu yang menginap.
Namun bagaimana dengan elemen ke 2 dan ke 3?:
2) Menjalinkan hubungan dengan keluarga angkat (foster parent)
3) Melibatkan penghayatan kehidupan masyarakat desa (experience the rural livelihood)

Saya kira dalam konteks ini di Langkawi, keadaan adalah sedikit berbeza kerana hos tidak tinggal dengan tetamu dan tetamu dibiar sendiri di homestay dengan tagline make yourself at home. Keterlibatan dan penghayatan kehidupan masyarakat desa juga dilepaskan kepada tanggungjawab tetamu sendiri untuk menghayati.

Saya kira keadaan ini unik. Bagi keadaan tetamu yang datang ke Langkawi untuk bercuti dan membeli belah, saya kira ia juga termasuk dalam kategori mempelajari budaya tempatan kerana Langkawi adalah pulau pelancongan!

Kupasan tentang pengusaha telah dibuat, daripada aspek tetamu pula, saya kira perlu di highlight juga. Mengikut pengalaman, tetamu mempunyai expectation tinggi tentang homestay yang mereka ingin menginap. Mereka inginkan rumah yang berhawa dingin, ada alatan memasak, water heater, mesin basuh dan pelbagai lagi barang mewah. Saya kira keadaan ini normal bagi tetamu namun apa yang sedikit menyedihkan, tetamu seakan mahu first class and six star facilities tapi kos bajet. Tidak adil bukan? justeru, saya kira daripada perspektif pengusaha, kami cuba sediakan fasiliti semampunya dan harga pula adalah berpadanan dengan fasiliti disediakan. Hargailah pengusaha yang berusaha kuat untuk memberi kemudahan serta keselesaan kepada anda.

Justeru, kupasan dan nilaian homestay daripada segi terma dan mapan (sustainable) perlulah mencakupi perspektif dua hala iaitu perspektif pengusaha dan tetamu. Dalam konteks Langkawi, elemen pertama homestay iaitu menyediakan penginapan telah dipenuhi, justeru kemudahan lain sebenarnya tidaklah wajib disediakan oleh pengusaha kerana elemen budaya yang harus dititikberatkan. pengusaha dan tetamu saya kira perlu meletakkan perspektif "advantage" atau kelebihan jika mampu menyediakan dan tersedia kemudahan selain tempat menginap. Dalam usaha memahami terma dan konsep homestay serta kemapanannya, pengusaha dan tetamu seharusnya mengambil peluang untuk menyediakan peluang dan mengambil peluang melihat budaya setempat, suasana dan cara hidup kampung atau persekitaran, bukanlah sekadar bercuti dan membeli belah semata. bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air.

Untuk inap desa yang selesa dan dikelilingi peluang melihat suasana dan budaya kampung, jemputlah ke Blaque Villa Homestaykerana anda akan merasai truly Langkawi experience di sini!

Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
2 room
Double bed X 2
150
150
No charge (2 sets)
4 room
Double bed X 4
300
300

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020

No comments:

come and homestay with us in langkawi from RM160* 2017

BV Langkawi Homestay Pantai Cenang, Malaysia RM160* (8th anniversary promo rates) BV langkawi Homestay Pantai Cenang (Formally ...