Kilim Geoforest Park: Mangrove Tour

 

Kunjungan ke Langkawi selain ke kota Mahsuri dan kereta kabel kini teralih kepada satu ikon baharu: Kilim geoforest park! kesempatan bersama keluarga sedikit masa lalu setelah sekian lama bertangguh terlaksana jua. apa yang boleh saya katakan, Kilim geoforest Park is worth to visit! pemandangan dan pengalamannya tidak boleh dibeli dan sangat cantik. amat sesuai untuk percutian keluarga. saya sendiri membawa baby Rania berusia 3 bulan menaiki bot. ia adalah pemanduan yang selamat, pemandu bot yang ramah dan amat cekap mengemudi!tambahan pula bijak bercerita tentang segalanya yang kita perlu tahu tentang Kilim geoforest park di sepanjang 2 jam trip. harganya berpatutan (RM280 untuk satu bot-8 pax). kami mengambil pakej mangrove  tour: mangrove, andaman sea, eagle feeding/watching, fish farm dan bat cave. biarlah gambar menceritakan segalanya...

 Iman dan yaya are ready for mangrove tour: Kilim Geoforest park

 Tok, Iman dan yaya in the boat
menyusuri Sungai Kilim

 pemandangan mangrove yang bersih dan amat cantik, subhanAllah

ready to enter Gua Buaya, 
kali ini Alhamdulillah, paras air mengizinkan.
and again, tabik to pilot!memang cekap
jika tidak, mahu tersangkut kat atap gua!

 dalam perjalanan, anda boleh singgah ke restoran terapung jika ingin menjamu selera

 singgah di fish farm, tabik spring, tour guide memang best,
ni tengah tengok ikan sumpit, boleh sumpit makanan sejauh 3m!wow!

 Iman melihat belangkas di fish farm

 entah apa yang menarik Iman sampai dah berani bangun dalam bot,
 awal-awal tadi macam takut-takut

 masa untuk melihat helang makan! ikon Langkawi!
dapat lihat helang menyambar, singgah atas dahanan bakau
dan keluar menyambar semula!

 cantik dan sihat helang-helangnya..ada warna coklat dan putih 
susah nak dapat pengalaman macam ni

 tada!
inilah kemuncak tour, Ikon Kilim geoforest park
di laut Andaman

 Pulau kasut : lihat bentuknya, macam kasut kan?

 yaya posing di tempat wajib : Kilim Geoforest Park
jangan risau, pilot akan park untuk anda bergambar sepuasnya

 abah memangku Rania..steady abah!
bukan kata rania, saya pun nak tertidur dek ditiup bayu laut

 last point: Bat Cave

 posing di bat cave
dari luar ada bau kelawar sikit
tapi di dalam, alhamdulillah udara nyaman
sebab ada lohong angin
tak dapat ambil gambar kelawar sebab kelawar tido!gelap!

 patutlah dulu-dulu orang bertapa di gua, sejuk rupanya gua ni..
saya pun nak bertapa di sinilah

ini senarai pakej dan senarai harga tours jika anda sekeluarga berminat.
dapatkan diskaun (RM280 X 2jam X 8pax) melalui Blaque Villa Homestay (012-310 6096)

salam Langkawi Indah, Jom ke Langkawi:

Roselangkawi@blaque villa homestay


BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
160
160

No charge
(2 sets)
Deposit
320
Full paid
300
4 room
Double bed
 X 4
320
320

640

600

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com
 

Comments