Naturally Langkawi-Eko Destinasi Dunia 2015


Langkawi Blaque Villa Homestay
Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
2 room
Double bed
X 2
150
150
No charge
(2 sets)
4 room
Double bed
 X 4
300
300

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020

Penjenamaan baru Langkawi jadikannya sebaris 10 destinasi pelancongan dunia

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penjenamaan baru Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli), yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong.

Penjenamaan "Naturally Langkawi" menandakan inisiatif baru Langkawi bagi menjadikan destinasi pelancongan ini antara 10 pulau destinasi utama di dunia menjelang 2015, selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Langkawi 2011-2015. 
Naturally Langkawi dipilih memandangkan flora dan fauna yang mengelilingi Langkawi seperti pembentukan batuan berusia 550 juta tahun, 99 pulau yang membentuk Geopark pertama di rantau ini, pelengkap semula jadi hutan hujan, pantai-pantai, air terjun, paya bakau, keunikan hidupan liar dan serangga seperti 500 spesies dan sub-spesies rama-rama dan lebih daripada 226 spesies burung.

Yang paling utama, sikap ramah mesra penduduk Langkawi merupakan kekuatan dan denyutan nadi Naturally Langkawi.

Langkawi kini berada di ranking pulau keempat terbaik di Asia melalui tinjauan pendapat yang dijalankan Conde Nast Traveller, Langkawi yang bermatlamat menjadikannya sebagai 10 destinasi terbaik eko-destinasi di dunia pada 2015. – BERNAMA  

Warmest regards

Comments