Friday, January 11, 2013

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.




Laluan ke Langkawi melalui jalan darat pasti akan berakhir samada di jeti Kuala Kedah atau jeti Kuala Perlis sebelum menaiki feri ke Pulau lagenda itu. berikut adalah beberapa keadaan beserta tips parking kereta di Kuala Kedah.

1- Pada musim puncak seperti cuti sekolah dan cuti umum biasanya kenderaan anda akan diekori oleh beberapa ejen parking kereta bermotosikal, jangan panik, situasi ini adalah normal. ambil masa anda untuk buat keputusan. Turunkan dahulu penumpang/ahli keluarga dan luggage di terminal jeti.

2-      Setelah selesai urusan di atas, anda kini boleh membuat keputusan;

a-      Parking kereta di tempat letak kereta berhadapan jeti (kadar parking agak mahal –RM15 sehari, namun agak selamat kerana Ianya berpagar dan ditadbir urus oleh pihak berwajib)….* sangat sesuai untuk kunjungan sehari.

b-      Parking kereta di sekolah, masjid atau Koperasi nelayan yang berhampiran (RM10 sehari)
       …* sesuai untuk kunjungan lebih sehari.

c-       Paking kereta di tempat cadangan ejen parking kereta bermotosikal yang anda temui ketika memasuki Kuala kedah tadi. (Park at your own risks. Namun setakat ini soal keselamatan masih belum menjadi masalah. Walaubagaimanapun secara peribadi saya kurang selesa).

 Biasanya anda akan membawa sendiri  kereta mengekori ejen ke tempat diarahkan, parking kereta anda, kunci kereta dan pastikan barang berharga tidak ditinggalkan. anda akan dihantar semula ke terminal jeti menaiki motosikal ejen.

 Jangan lupa untuk ambil nombor telefon ejen, jika tidak, sekembalinya anda, berjalan kakilah gamaknya  mengambil kereta di parking.

d-      Parking di kawasan sekitar yang menawarkan tempat parking: rumah saudara mara atau kawan-kawan.

3-      Selamat bercuti ke Langkawi, permata Kedah. 
       
      jika perlukan penginapan/homestay, jom menginap di The BV- A langkawi homestay Pantai Cenang.










BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!

2 room
2 aircond
2 bathroom
Double bed
X 2
180
160
180
160

No charge
(2 sets)
with
deposit
160
Full paid
160
4 room
4 aircond
4 bathroom
Double bed
 X 4
360
320
360
320

320

300

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com

No comments:

come and homestay with us in langkawi from RM160* 2017

BV Langkawi Homestay Pantai Cenang, Malaysia RM160* (8th anniversary promo rates) BV langkawi Homestay Pantai Cenang (Formally ...