Air Terjun Lubok Semilang, Langkawi.



iman di Lubok Semilang

Sebagai penduduk asal Langkawi, saya kerap kali mempunyai sisi pandang berbeza terhadap Langkawi dan budaya pelancongannya. Pada saya, Langkawi adalah tempat saya bermain dengan suasana yang sangat klasik lagi nostalgia.


Kadang bila sudah hidup di luar pulau dan kadang pulang bercuti, masa suntuk yang ada tidak sempat pun untuk kami meninjau sekitar pulau tersayang ini yang nyata sudah jauh berubah.


Sejak berkecimpung setahun dua dalam arena homestay langkawi/blaque villa homestay ini, saya seakan diajak semula mendekati pulau ini. Justeru sedikit masa lalu, saya luangkan masa bersama keluarga ke Kilim Geo-Forest Park, merasai pengalaman persis pelancong! Pemandu bot kami bertanya, puan dari mana ya? Saya jawab, saya orang sini,,sambil ketawa…


Usai dari Kilim mangrove Tour, kami melalui kawasan Ulu Melaka, saya brief encik suami, di sini ada tempat mandi popular sikit masa lalu dinamakan Lubok Semilang. Bonda yang  turut serta terus bagi cadangan mengejut. Jom kita singgah sat!terus saja encik suami signal dan belok ke simpang kiri.


Hati terdetik juga, ok ke tak tempat ni..macam scary je laluannya. Almaklum dulu-dulu tempat ini tersangatlah meriah. Hinggakan kami budak-budak sanggup berbasikal untuk ke sini. Hutan lipurnya nyaman, airnya banyak, bersih dan sejuk, memang menjadi tempat tumpuan berkelah dan bersantai.

 


Tiba di parking, sangkaan saya meleset sebab suasananya masih sama seperti dulu tapi sudah tidak ramai yang berkunjung ke sini. Parking nampak kosong namun persekitarannya masih terjaga. Mungkin sudah banyak tempat tarikan lain di langkawi justeru menenggelamkan reputasi Lubok Semilang ini. Kami beli kapok lekor, goreng pisang dan minuman ringan di satu-satunya gerai yang ada di situ.


 


Sempat saya jeling banglo-banglo didirikan sedikit masa lalu oleh YAB D.S Sanusi Junid. Tempat ini dahulu popular, justeru YAB buat macam konsep Pekan Buku/kampung buku malaysia di sini, namun mungkin sebab faktor sosio-politik, ianya tidak semeriah dijangkakan, justeru, banglo yang menempatkan buku-buku dahulunya saya tak pasti apa yang tinggal sekarang.



Topografi Lubok Semilang masih sama, laluan airnya, batuannya, pohonan reneknya. Infranya masih bagus, ada surau, tandas dan tempat menyalin pakaian. Seperti kami, masih ada orang tempatan yang kadang singgah mandi manda. Jarang saya nampak pelancong ke sini, mungkin tidak maklum dan tidak di highlight sebagai destinasi utama yang perlu lawat.


Jika ke sini, apa kata anda singgah untuk mandi manda air sungai/bukit. Langkawi bukan saja indah dengan pantai dan laut. Sungai dan bukitnya juga menarik. Bersebelahan Lubok Semilang adalah Mardi, sebab saya boleh nampak Tramp lawatan ladangnya menyusuri tepian sempadan mardi-Lubok Semilang.



Iman dan yaya tak prepare untuk mandi manda tapi bila tengok jernih air lubok semilang, dua-dua terjun juga ke dalam air separas lutut. Baby rania pun bonda mandikan. Menangis Rania kesejukan. Iman dan yaya pakai baju yang sama pulang ke rumah. Encik suami alas paper dalam kereta, Rania pula nyeyak tidur lepas mandi air sungai. Saya macam biasalah, layan blues di tepi batu, tiba-tiba flash back 10 tahun lalu datang…..sungguh saya rindu



Salam manis drai Lubok Semilang langkawi

          Langkawi Blaque Villa HomeStay
Welcome to Langkawi Blaque Villa HomeStay. It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience +6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com

Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com
 

Comments