Thursday, September 5, 2013

Pantai Popular Langkawi



Pantai cenang bukanlah satu-satunya pantai yang ada di pulau langkawi. banyak lagi pantai yang cantik lagi menarik yang boleh dilawati dan diterokai antaranya:


pantai tengah
pantai kok
pantai pasir tengkorak
pantai teluk yu / taman kulat

pantai cenang
 gahnya pantai cenang mungkin kerana lokasinya. kadang tempat popular tidak semestinya segalanya bukan? tapi diakui, pantai cenang memang cantik dengan pasir pantainya yang landai, airnya yang jernih, pasir pantai memutih dan kedudukannya yang sedikit terlindung (macam lagoon) membuatkannya agak teduh dari angin laut. bermula dari pelangi beach resort, pantai cenang mengajur panjang sejauh mata memandang. di sini  sesuai untuk semua aktiviti pantai seperti mandi manda, surfing, banana boat, jet ski dsb. juga menarik meyaksikan matahari terbenam di pantai cenang. waktu malamnya juga meriah dengan gerai-gerai jualan seakan phuket dan pulau pelancongan terkenal lain. walaubagaimanapun, keadaan di pantai cenang sedikit padat dan agak hectic. bagi yang gemar hiruk pikuk pantai, silalah ke sini (orang tempatan amat jarang mengunjungi pantai cenang kerana faktor ini)
(Pantai Cenang hanya 5 min berkereta dari Blaque Villa- homestay)


pantai tengah
kedudukan pantai ini berdekatan/bersebelahan dengan pantai cenang. walaubagaimanapun, keadaan pantai dan ombak laut di sini agak agresif dan kerap kali kedengaran kes lemas di sini.oppsss. namun pasir pantainya memang cantik, putih gebu dan pemandangan juga cantik. boleh bersiar-siar namun kurang digalakkan mandi manda.

pantai kok
pantai kok terletak di tepi jalan menghala kereta kabel langkawi. ia adalah pantai kegemaran keluarga saya berkelah kerana di sini agak privacy. airnya dan pantai juga landai serta selamat untuk mandi manda. tambahan di laut telah ditambah untuk lagoon buatan untuk Langkawi habour park. justeru, airnya tenang dan boleh memancing di gigi ombak serta boleh catch kerapu 1kg!


pantai pasir tengkorak
terletak di burau, jalan menghala crocodile farm. walau sedikit berbatu dan keluasannya agak terhad, namun banyak kemudahan disediakan. tempat parkir, gazebo juga tandas awam. pantainya sangat sangat cantik dan pemandangan laut menghala ke gugusan pulau Thailand!kadang anda boleh melihat kawanan lumba-lumba juga kapal-kapal berlabuh. amat sesuai untuk mandi manda dan bina istana pasir!jika ingin bilas badan anda dengan air tawar selepas berendam air laut, boleh bersiram di air terjun berdekatan / 5min perjalanan berkereta.

salam langkawi indah dan hepi holiday!

 

          Langkawi Blaque Villa HomeStay
Welcome to Langkawi Blaque Villa HomeStay. It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience +6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com

Blaque Villa HomeStay Type

BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com
 


No comments:

come and homestay with us in langkawi from RM160* 2017

BV Langkawi Homestay Pantai Cenang, Malaysia RM160* (8th anniversary promo rates) BV langkawi Homestay Pantai Cenang (Formally ...