Skip to main content

Gamat



Gamat mentah (enak juga dibuat kerabu)

Gamat sebagai kata kerja (verb) menggambarkan suasana riuh rendah, hingar-bingar dan kelam-kabut. namun gamat sebagai kata nama adalah sejenis hidupan laut atau mentimun laut yang amat berguna serta bermanfaat untuk kesihatan bila diproses menjadi makanan atau ubat-ubatan.

Langkawi adalah destinasi popular gamat dan diumpamakan jika anda berkunjung ke Langkawi, tidak sah jika anda tidak membawa pulang bersama produk gamat ini.

Basic info on Gamat in Wikipedia:

The word Gamat, the Malay word for sea cucumber, refers to medicinal remedies derived from several species of the Holothuroidea family. The golden sea cucumber (Stichopus horrens) is commonly used. Gamat is usually the dried, powdered bodies of sea cucumbers made into a lotion or other topical salve. It is sometimes mixed into clay and applied as a facial mask, or put in tea and consumed for stomach complaints. Users believe that a solution of sea cucumbers can heal cuts, skin eruptions, and ulcers, and claim that it has a beneficial effect on the immune system.

Sea cucumbers in the waters of Malaysia have been over-harvested to supply consumers of the folk remedy, and as a result the animal and its products are becoming scarce. Efforts to restock the fishery have not generally been successful. Recently, a sea cucumber aquaculture operation was opened on the shores of several Malaysian islands to increase the gamat supply.


terdapat banyak produk gamat di Langkawi, yang popular adalah minyak angin gamat di mana ekstrak gamat diadun bersama rempah ratus dan minyak kelapa/kelapa sawit dan dijadikan minyak sapuan serbaguna untuk pelbagai masalah kesihatan seperti luka, terseliuh, kembung perut, sapuan ibu bersalin dan pelbagai lagi.

teringat zaman seawal saya di sekolah rendah. (Langkawi diiktiraf sebagai pulau bebas cukai pada 1984), produk terawal gamat ialah minyak angin gamat Saju, bukan salju tapi Saju. Saju ialah nama individu yang mempelopori produk ini. walaupun mungkin telah wujud tokoh lain yang berwibawa dalam penghasilan produk ini, tetapi nama Saju ini memang pekat, berbau haruman ubatan akar-akar kayu dan rempah malah ketika ia boleh diminum (dengan kadar dan dos tertentu).

terkini telah terdapat banyak produk gamat di pasaran yang dikomersilkan dengan pelbagai jenama, namun minyak angin gamat saju tetap di hati saya!terkini, produk ini difakamkan telah diambil alih oleh waris Saju dan diyakini produknya adalah setanding keluaran asal (namun atas sebab-sebab komersil, saya rasa minyak gamatnya semakin jernih, mungkin nisbah ekstrak & minyak sudah berubah, atau mungkin proses yang moden telah mengubah strukturnya).

saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pengeluar produk dan tidak bermotif sebarang keuntungan. sekadar berkongsi pengalaman terhadap produk sebagai anak jati Langkawi.

jika anda berkesempatan ke Langkawi, perusahaan gamat asli ini terletak di Kampung Perana, Bayas. (Jalan utama dari pekan kuah menghala Airport).



Alatan penyediaan minyak angin Gamat langkawi.

saya paparkan info terus dari pemilik untuk maklumat.

Produk Berasaskan Gamat Asli Langkawi

1. Minyak Gamat Asli Langkawi (Besar)
RM 2.00 (SM) / RM 3.00 (S/S)

2. Minyak Gamat Asli Langkawi (Kecil)
RM 1.50 (SM) / RM 2.00 (S/S)

3. Air Ibu Gamat Asli Langkawi
RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (S/S)

4. Bam Gamat Asli Langkawi
RM 5.00 (SM) / RM 6.00 (S/S)

5. Krim Gamat Panas
RM 20.00 (SM) / RM 30.00 (S/S)

Hubungi Mad di nombor +60122171718

*Harga ini tidak termasuk kos penghantaran

Comments

Rose@ila said…
testimoni ringkas tentang khasiat Air Ibu Gamat. Mungkin tidak ramai yang tahu tetapi bonda telah bekalkan saya dengan Air Ibu Gamat semasa saya melahirkan anak sulung. Gamat baik untuk luka dalaman kata bonda. pengalaman bersalin anak sulung memang agak trauma fizikal dan psikologikal. selain rawatan lain yang diamalkan, saya konsisten mengambil Air Ibu Gamat dalam tempoh 2 minggu selepas kelahiran. Alhamdulillah, luka sembuh dengan pantas!tetapi bila hendak meminumnya, MasyaAllah, sabar sajalah. jika anda rasa pati ikan haruan itu hanyir. Air Ibu gamat yang dibekalkan bonda ini 10x lebih hanyir!tapi untuk cepat sembuh, tawakkal sajalah. saya siapkan rebusan air manjakani (pahit rasanya) disisi. selepas minum air ibu gamat dengan menahan nafas, terus saya minum air manjakani supaya hanyir d tekak hilang!bersalin anak kedua, saya masih amalkan, dalam 3 kali minum sahaja saya sudah rasa kelainan. mungkin produk di pasaran lebih ok rasanya sebab yang dibekalkan bonda ni memang piau @ pure kata org Langkawi. selamat mencuba!

Popular posts from this blog

Pantai Cenang VS Pekan Kuah

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.

Tempat Makan di Langkawi: Sedap dan Harga Patut