Skip to main content

Beras Terbakar yang sungguh Nostalgia:Bhg 1

kgboyfotopages

pembangunan pelancongan pulau Langkawi sangat pesat. Langkawi juga merupakan destinasi pelancongan yang menepati kehendak semua peringkat. Bagi yang menggemari suasana pulau yang cantik, pantai memutih dan aktiviti pantai dan laut yang pelbagai, langkawi adalah jawapannya. bonus untuk Langkawi, ia juga meriah dengan pelbagai destinasi lain seperti kota Mahsuri, kereta kabel, underwater world serta macam-macam lagi malah menjadi syurga beli belah untuk kaum wanita :) yang gemarkan pinggan mangkuk, coklat dan kristal juga perfume serta pakaian.

jika membeli belah biasanya kita akan ke Pekan Kuah, namun di Padang Matsirat juga ada tempat membeli belah yang sungguh nostalgia. di sini terletaknya Beras Terbakar di mana terdapat kesan tinggalan kawasan beras yang telah dibakar pihak Siam pada suatu ketika dulu. sinonim dengan Beras Terbakar ialah rumah Melayu lama milik peribadi penduduk setempat dan juga gerai-gerai jualan yang sungguh nostalgia.

kenapa nostalgia? pada saya ia adalah ikon budaya shopping di Langkawi. dulu-dulu, tiada kedapatan kompleks membeli belah berhawa dingin atau kedai-kedai jualan seperti di pekan Kuah sekarang. yang ada hanyalah gerai jualan kain batik, minyak gamat, pakaian dan cenderamata yang sungguh gembira bila dilawati. anda masih boleh rasai pengalaman membeli barangan sebegini hanya di Beras Terbakar.Membeli kain batik, T-shirt langkawi dan key-chain dengan harga murah dan masih boleh tawar menawar. best kan?

kalau tak percaya, jemputlah ke beras Terbakar dan rasai sendiri pengalaman ini..

end of part 1



Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com

salam Langkawi Indah.

Dr.Rose

Comments

Anonymous said…
Je veux commencer un blog, la caméra qui est le meilleur?

Popular posts from this blog

Pantai Cenang VS Pekan Kuah

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.

Tempat Makan di Langkawi: Sedap dan Harga Patut