Skip to main content

Langkawi:Pi Mai Pi Mai Tang Tu


salam Langkawi indah..

"jauh tak tempat ini dari airport?"
"jauh tak ke pekan Kuah?"
"Dekat ke dengan pantai Cenang"?

ini adalah FAQ daripada majoriti pengunjung yang mungkin pertama kali ke Langkawi.

pembuka kata, perkataan mudah untuk menggambarkan Langkawi daripada segi jarak ialah Small Walking Island! ini adalah kerana, saya dimaklumkan pada suatu ketika dahulu, penduduk langkawi hanya munggunakan 2 jalan utama, jalan darat dan laut untuk berhubung. jika menggunakan jalan darat, mereka hanyalah berjalan kaki! bermakna, dari Kedawang / pantai Cenang, mereka hanya berjalan kaki ke pekan Kuah sebagai contoh. ini bermakna,pulau ini kecil dan mesra pengembara bukan?

mungkin ada yang berkata...itu zaman dulu, tiada pengangkutan,,memang betul, tapi jika sekarang dengan segala macam kemudahan, kita ingin memilih untuk berjalan kaki ke pekan kuah, masih tiada masalah kerana jaraknya dekat=)

bagi orang tempatan, tiada istilah dekat jauh sebenarnya kerana langkawi pada setiap tempat dan sudut adalah accessible. Dari satu poin ke satu poin yang lain, tempoh maksima yang diambil mungkin sekadar satu jam atau kurang. tambahan pula setiap tempat atau penjuru pulau masing-masing ada keistimewaan untuk dinikmati, sebagai contoh: jika anda memilih untuk stay di pekan kuah, anda boleh enjoy shopping, jika di bahagian Cenang/airport anda mungkin boleh enjoy aktiviti pantai/go kart/paragliding or even helicopter rides!jika di bahagian utara pulau iaitu Pantai Kok/Ayer hangat, anda boleh enjoy kereta kabel dan pantai berbukit yang cantik. pendek kata, langkawi boleh habis pusing dalam tempoh sehari!walaubagaimanapun, untuk tempoh percutian yang selesa dicadangkan 4H3M walaupun 2H1M juga memungkinkan. jika anda memilih untuk stay 2H1M pun boleh...cuma agak rushing dan pasti anda perlu datang lagi dan lagi lain kali
 =).

justeru, di bahagian pulau yang mana pun anda berada, bertenang, dan jangan bimbang kerana jarak bukanlah penghalang. anda boleh ambil masa dan pusing pulau sepuas hati kerana langkawi tidaklah jauh malah ia dekat, dekat di hati..bak kata orang utara, langkawi ni pusing la macam mana pun, Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak..
selamat bercuti!

salam manis

Dr.Rose 2013@langkawi blaque villa homestay



Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

Pantai Cenang VS Pekan Kuah

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.

Tempat Makan di Langkawi: Sedap dan Harga Patut