Skip to main content

Laksa Power Cendol Pulut Hujung Airport Langkawi


Seingat saya, Laksa Power dan cendol Pulut ini memang sudah lama famous di Langkawi. Laksa asam memang familiar dalam kalangan orang tempatan begitu juga cendol pulut. Dulu saya sangkakan butir cendol yang berwarna hijau itu diperbuat daripada beras pulut, sebab itu namanya cendol pulut, rupanya, ia adalah cendol biasa (butir hijau dengan sirap gula Melaka dan santan pekat) ditambah dengan beras pulut yang ditanak/dikukus semasa di hidang. Biasa juga dihidang dengan tapai pulut. Rasanya agak menarik dan unik.

 



Dua hidangan ini dulunya saya kira dijaja dengan menggunakan van kecil yang diubahsuai sebagai gerai bergerak. Bezanya sekarang, ia masih van yang sama Cuma tempatnya tetap, iaitu di hujung Airport langkawi. Jika anda datang dari arah pekan kuah menghala Padang Matsirat dan airport, susurlah ke arah menghala Pantai Cenang dan Pantai Tengah. Anda akan melalui PULAPOL  di sebelah kanan anda dan terus menyusuri landasan kapal terbang di sebelah kiri. Landasan ini asalnya dulu ditambak sedikit untuk landasan yang selesa namun laut di sebelah kanan telah didirikan wave breaker/pemecah ombak sedikit waktu lalu menjadikan pemandangan di sini lebih mendamaikan. Tepian susuran ini/sebelah kananlah akan nampak laut terbentang dengan wave breaker dan boleh nampak stesen Kereta kabel juga. 


Van dan juga gerai jualan laksa power dan cendol pulut banyak di tepian jalan/laut yang sedikit diubahsuai dengan tempat parking dan kawasan menempatkan kerusi meja mudah alih mengikut pengusaha gerai. Keadaannya berangin dan kerap kali juga anda akan nampak kapal terbang komersil dan pelatih landing serta take off memandangkan ia di hujung runway.

blaquevilla homestay


Jika dari blaque villa homestay, ianya Cuma mengambil masa 5 minit dari arah Pantai Cenang, anda akan melewati helicopter tour di sebelah kanan, juga Kolej Komuniti serta Go-kart di sebelah kiri.


Kami selalu drop di gerai yang sudah mula banyak, tapi antara gerai yang pioneer dan establish adalah yang ada di selekoh. Selain gerai/van bergerak ini, anda boleh singgah mana-mana gerai di tepian jalan dengan kadang variasi makanan yang pelbagai, mee kuah, mee hoon sup, rojak buah hatta air kelapa muda yang menyegarkan. Harganya amat berpatutan. Pada hemat saya, kendalian kebersihan gerai-gerai di sini masih pada tahap baik dan memuaskan.

 


Kali ini kami makan yang ringan-ringan, encik suami tinggalkan kami di meja yang kami pilih sendiri dan kebetulan kosong dan dia ke gerai untuk order makanan, biasanya pekerja yang datang ambil order tapi pada waktu puncak dan crowded, sedikit usaha diperlukan untuk cepatkan order dan waktu menunggu.



Encik suami pilih bahan-bahan rojak ala penang, paru goreng, sosej, campuran cucur tepung, parutan timun dan sengkuang ditabur kuah manis pekat sedap. Saya minta air teh bunga dan cendol biasa dihidang dalam bekas tin comel.


Makan sambil hirup udara segar dengan pemandangan cantik, apa lagi yang lebih membahagiakan? Anak-anak boleh bermain di pantai ada sedikit kawasan berpasir, tapi perlu pengawasan orang dewasa ya. Di sini setakat hari ni belum ada yang mandi manda, mungkin tak sesuai sebab kadang saya perhatikan lautnya sedikit berlumpur, almaklum, ada wave breaker di sini atau mungkin juga kurang selamat kerana lautnya agak curam/dalam (mungkin).


Kalau berkesempatan, singgahlah menjamu selera, saya kira ia mula beroperasi selepas zohor atau mungkin lebih awal dan akan tutup menjelang maghrib.


Bagi yang mahu dekat dengan pengalaman ini, jom cuba singgah dan menginap di homestay kami, Blaque VillaHomestay dan ia pasti jadi kenangan manis buat anda!

salam manis

Comments

Ukhtie Rashidah said…
Lama x kunjungi sini atas kegagalan akses.Sedapnya laksa...sedapnya cendol pulut...Sesungguhnya daku masih berpantang huhuhu

Popular posts from this blog

Pantai Cenang VS Pekan Kuah

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.

Tempat Makan di Langkawi: Sedap dan Harga Patut