Skip to main content

Raya di Langkawi



Beraya di Langkawi mungkin juga pilihan istimewa. Bila pulang beraya, agak biasa bila bertemu dengan pelancong di dalam feri atau Kapal terbang sebab orang Langkawi bukannya ramai sangat yang tinggal di luar pulau.

Beraya di Langkawi sama meriahnya dengan raya di tempat lain cuma Ada juga istimewanya. Komuniti di Langkawi agak Kecil, Dan hampir semua saudara Mara Dan sahabat handai tinggal berdekatan, justeru, sesi beraya Hanya mengambil masa satu hari! Bak kata orang Langkawi, dlm sehari Dah habis pusing Dah Dan Dah mula boleh pergi piknik atau shopping!almaklum, pulau bebas Cukai...

Bagi yang ingin melancong ke Langkawi pd Musim raya, tidra masalah, Kedai Akan dibuka seperti biasa...Dan anda bebas menjalankan aktiviti percutian, tapi dengan mode yg agak perlahan, almaklumlah..raya....

juadah raya langkawi

juadah special raya di langkawi pastinya ketupat pulut daun palas dan gulai ayam atau daging berkuah pekat. emmm memang lazat. ada juga side dish seperti laksa, mihun sup dan mihun goreng.

paling special lagi adalah tapai manis!dibalut dengan daun keladi,daun pisang atau daun ketapang! daun ketapang hanya terdapat di persisir pantai atau paya. almaklum langkawi ni pulau, jadi tapai daun ketapang ni saya kira hanya terdapat di sini..

Tapak pulut daun ketapang

 
ada juga lemang, kuah lodeh juga kuah kacang seperti raya di tempat-tempat lain.


aktiviti raya di langkawi

biasanya orang langkawi akan sediakan ketupat daun palas dan gulai sehari sebelum raya.juadah-juadah lain juga kuih muih juga begitu.pada pagi raya, macam biasalah, bersembahyang raya di masjid, ke pusara dan dah mula sesi ziarah, by asar dah boleh tukar baju raya dan aktiviti. family saya, kadang pada raya ke 2 dah ke pantai/piknik sebab dah habis ziarah pada raya pertama.raya ke 3 dah boleh shopping sebab kedai dah dibuka untuk cater permintaan pelancong yang ambil kesempatan public holiday dan datang bercuti di langkawi.

http://blaquevillalangkawi.blogspot.com/


jika and ake langkawi, pada musim raya atau tidak,
Jemputlah beraya di rumah kami Dan singgah homestay keluarga yang selesa di http://blaquevillalangkawi.blogspot.com/



Comments

Popular posts from this blog

Pantai Cenang VS Pekan Kuah

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.

Tempat Makan di Langkawi: Sedap dan Harga Patut