Skip to main content

Wedding @ Blaque Villa (homestay)





Wedding @ Blaque Villa (homestay)


Blaque Villa (homestay) BV bukan sahaja menerima tetamu dalam kalangan khalayak yang ingin bercuti di langkawi semata-mata. Lebih manis, BV kadang menerima tempahan untuk rombongan pengantin untuk acara perkahwinan.


Dahulu kala, mungkin masjid atau petrol pam menjadi tempat untuk rombongan singgah / transit sebelum majlis berlangsung. Kadang rombongan yang agak ramai dengan orang tua, wanita dan kanak-kanak beserta barang-barang hantaran dan kelengkapan perkahwinan menjadikan proses majlis nampak agak kelam kabut bilamana hanya singgah di masjid atau petrol  pam bukan? Begitu juga keadaannya bila ada juga tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di Langkawi. Agak tidak selesa jika hanya datang dan balik pada hari yang sama . ini menjadikan perjalanan agak stress tambah-tambah jika datang dengan feri.



Untuk majlis perkahwinan, biasanya rombongan akan melebihi 10 orang. Justeru, amat tidak ekonomik terutama kepada pengantin untuk book hotel yang pastinya kos mencecah 1k + untuk acara 2 hari 1 malam atau lebih. Dengan menyewa BV, hanya RM150 dikenakan  untuk  BV 2 bilik dan RM300 untuk BV 4 bilik! BV mampu menerima  20 ahli rombongan untuk unit 4 biliknya (untuk pengantin:rate is negotiable)


Selain amat ekonomik, bv juga amat selesa seperti berada di rumah sendiri. Rombongan kadang amat perlu untuk stay dan set up aktiviti serta barangan sebelum majlis berlangsung. Barang hantaran terutamanya beserta aksesori pengantin perlu di set up. Justeru ruang yang luas BV mampu memberi keselesaan untuk aktiviti sebegini. Lebih bermakna, selesainya majlis, tetamu langsung boleh sambung aktiviti jalan-jalan dan shopping di Langkawi /mengambil kesempatan aktiviti pulau pelancongan,

Tak gitu?



BV amat berbesar hati menerima kunjungan pengantin dan rombongan, tambah manis, BV dijadikan honeymoon suite pengantin sejurus majlis selesai. 
Moga dipanjangkan jodoh dan bahagia hingga ke syurga untuk semua pengantin BV!





Untuk tempahan BV bagi majlis perkahwinan, kami ada pakej menarik dalam membahagiakan lagi hari bahagia anda serta keluarga. Hubungi kami untuk tempahan BV. Hari bahagia anda, kebahagiaan buat kami di BV. Salam manis.

RSVP : 012-310 6096, 012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Pantai Cenang VS Pekan Kuah

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.

Tempat Makan di Langkawi: Sedap dan Harga Patut