Skip to main content

homestay pantai Cenang





Pantai Cenang

Saya pasti pantai cenanglah yang paling famous dan amat sinonim dengan Langkawi. Bila sebut Langkawi, pasti nama pantai cenang yang disebut. Ia terletak di barat pulau Langkawi dan majority resort berpusat di sini.  Aktiviti pantai jugak banyak berpusat di cenang juga spot tarikan dan membeli belah. Restoran, gerai makan dan kedai jualan barangan serta cenderahati banyak terdapat di sini.


Di pantai cenang ada Underwater world , laman padi, helicopter rides juga go-kart. Untuk mandi manda, pantai cenang amat sesuai kerana pasirnya landai dan ombaknya terkawal. Pasirnnya putih dan bayu laut sepoi bahasa. Pantainya tidak kelihatan dari jalanraya dek deretan resort yang blocking sepanjang pantai. Walaubagimanapun, pengunjung bebas untuk menikmati pantai kerana ia adalah milik umum. Saya secara peribadi merasakan pantai cenang ini cantik namun ia agak padat/crowded dengan pengunjung dek popularitinya. 


 gahnya pantai cenang mungkin kerana lokasinya. kadang tempat popular tidak semestinya segalanya bukan? tapi diakui, pantai cenang memang cantik dengan pasir pantainya yang landai, airnya yang jernih, pasir pantai memutih dan kedudukannya yang sedikit terlindung (macam lagoon) membuatkannya agak teduh dari angin laut. bermula dari pelangi beach resort, pantai cenang mengajur panjang sejauh mata memandang. di sini  sesuai untuk semua aktiviti pantai seperti mandi manda, surfing, banana boat, jet ski dsb. juga menarik meyaksikan matahari terbenam di pantai cenang. waktu malamnya juga meriah dengan gerai-gerai jualan seakan phuket, krabi, bali dan pulau pelancongan terkenal lain. walaubagaimanapun, keadaan di pantai cenang sedikit padat dan agak hectic. bagi yang gemar hiruk pikuk pantai, silalah ke sini (orang tempatan amat jarang mengunjungi pantai cenang kerana faktor ini)




(Pantai Cenang hanya 4 min berkereta/1km dari  The BV- A Langkawi Homestay PantaiCenang)


(The BV-formally known as Blaque Ville is around less than 10 homestays in radius of Cenang!!We are very fast selling homestay and our RSVP is first come first serve basis)

full view of the BV- a langkawi Homestay Pantai cenang CLICK HERE


Disebabkan langkawi adalah sebuah pulau, logiknya, ia dikelilingi oleh pantai/laut bukan?justeru, Pantai cenang bukanlah satu-satunya pantai yang ada di pulau langkawi. banyak lagi pantai yang cantik lagi menarik yang boleh dilawati dan diterokai antaranya:pantai tengah, pantai kok, pantai pasir tengkorak, pantai teluk yu / taman kulat



 pantai tengah

kedudukan pantai ini berdekatan/bersebelahan dengan pantai cenang. Kadang umum turut memanggilnya sebagai pantai cenang dek lokasi yang berdekatan. walaubagaimanapun, keadaan pantai dan ombak laut di sini agak agresif dan kerap kali kedengaran kes lemas di sini.oppsss. namun pasir pantainya memang cantik, putih gebu dan pemandangan juga cantik. boleh bersiar-siar namun kurang digalakkan mandi manda. sesuai untuk aktiviti berkayak, jet ski, banana boat juga jogging. Sangat perfect untuk menikmati suasana matahari terbenam di sini. sungguh romantik bukan?






pantai kok

pantai kok terletak di tepi jalan selepas harbor park ,menuju burau dan kereta kabel langkawi. ia adalah pantai kegemaran keluarga saya berkelah kerana di sini agak privacy. airnya dan pantai juga landai serta selamat untuk mandi manda. Ada teduhan rimbunan pokok untuk piknik dan bbq. tambahan di laut telah ditambak untuk lagoon buatan untuk Langkawi habour park. justeru, boleh mandi manda di sini, bina istana pasir, airnya tenang dan boleh memancing di gigi ombak serta boleh catch kerapu 1kg!



pantai pasir tengkorak

terletak di Datai, jalan menghala crocodile farm. walau sedikit berbatu dan keluasannya agak terhad, namun banyak kemudahan disediakan. tempat parkir, gazebo juga tandas awam. pantainya sangat sangat cantik dan pemandangan laut menghala ke gugusan pulau Thailand/laut Andaman!kadang anda boleh melihat kawanan lumba-lumba juga kapal-kapal berlabuh. amat sesuai untuk mandi manda dan bina istana pasir!jika ingin bilas badan anda dengan air tawar selepas berendam air laut, boleh bersiram di air terjun berdekatan / 5min perjalanan berkereta. Namun kemudahan tandas turut disediakan.

Antara pantai dan tempat mandi manda serta tarikan pelancong lain yang ada di Langkawi adalah seperti berikut:

Pantai tengah

Awana porto malai

Pantai Kok

Pantai Pasir Hitam

Pantai Pasir Tengkorak
Pantai Tanjung Rhu

Pantai Penarak

Durian Perangin

Lubuk Sembilang



salam langkawi indah dan hepi holiday!


pantai cenang



The BV
A Langkawi Homestay, Pantai Cenang
Welcome to Langkawi Blaque Villa HomeStay. It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience +6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com
 



Comments

Popular posts from this blog

Pantai Cenang VS Pekan Kuah

Tips Parking Kereta di Kuala Kedah.

Tempat Makan di Langkawi: Sedap dan Harga Patut